CARA BANYAKKAN SUSU BADAN DENGAN CEPAT

Assalamualaikum.. =D

Lumrah bagi ibu menyusu, ada masa hasil perahan banyak dan ada masanya kurang. Tapi bila ia menganggu stok EBM buat si kecil ia pasti merungsingkan nurani ibu. Harini syaza nak share bagaimana cara untuk banyakkan susu ibu dengan selamat, berkesan dan semulajadi. Jom check it out.

Cara Banyakkan Susu Ibu



1.Kerap menyusu

Lagi kerap anda susukan bayi yang baru lahir, lagi banyak penghasilan susu badan akan dihasilkan. Yang ni anda kena ingat sebab ia faktor paling penting dalam dunia kalau nak banyakkan susu badan berterusan sampai anak tu dah besar. Jadi apa nak buat? Mudah saja, galakkan bayi anda menyusu kerap kalau boleh 10-12 kali sehari atau lebih pun tak apa dalam tempoh 24jam. Ini kerana ia mampu meransang hormon prolaktin yang berupaya hasilkan lebih banyak susu.



2. Posisi yang betul

Pastikan dulu anda berada dalam keadaan yang relax dan selesa dan tak terkalah dengan tekanan (stress) yang akan rosakkan mood anda seharian. Bila posisi dah betul untuk menyusukan bayi, anda harus pastikan bayi anda melekap pada anda dengan betul. Pastikan juga ruang antara hidung dan mulut bayi rapat dengan dada anda. Ini kerana bayi lebih mesra dan selesa dengan bau badan ibu mereka dan rasa lebih selamat.

Cara Banyakkan Susu Ibu




3. Minum air kosong banyak

Kena ingat,bila dah bersalin atau sedang berpantang tu, tinggalkan dulu air yang berkafein sebaliknya banyakkan minum air kosong saja. Kena amalkan dan anggap saja anda buat demi anak walaupun air berkefein tu dah 28 tahun sebati dengan anda. Untuk hasil yang optimum, anda perlu minum sekurang-kurangnya 2-3 liter air kosong sehari. Selain itu, anda juga dibolehkan untuk minum minuman seperti jus oren, susu kambing atau air soya. Air soya yang di proses dari kacang soya segar juga sebenarnya sangat berupaya untuk meningkatkan dan banyakkan susu badan kerana ia mengandungi protein untuk penghasilan yang berpanjangan.

Cara Banyakkan Susu Ibu



4. Sediakan jadual penyusuan

Pernah dengar kan disiplin asas kejayaan. Dalam apa-apa perkara yang kita lakukan jika kita disiplin In shaa Allah pasti matlamat kita tercapai. Untuk ibu-ibu dinasihatkan untuk sediakan jadual pengepaman dan pastikan jadual tersebut mampu diikuti secara disiplin oleh ibu.


Cara Banyakkan Susu Ibu

5. Pastikan Payudara anda kosong

Ada 2 cara iaitu dengan kerap susukan bayi anda atau tolong pam payudara agar kosong. Gunakan kedua-dua belah payudara untuk menyusukan bayi anda. Sebenarnya, apabila ia (payudara) sudah kosong, secara semula jadi ia akan proses untuk penghasilan susu badan yang baru dengan segera. Biasanya bayi akan agak letih ketika menghisap, jadi tukarkan kepada bahagian sebelah dan pastikan ianya kosong hingga bayi tak menyedut lagi.



6. Makan herba

Herba ni anda boleh dapat banyak dekat pasar masa beli barang dapur nak buat masak tu kan. Ada banyak. Tapi bukan semua! Yang cun dan terbaik saja contohnya seperti Halba. Halba ini satu herba yang banyak khasiat dan pemulihan yang ramai orang tak tahu. Halba yang dibeli tu kemudiannya, dicuci dan simpan dalam bekas yang bersih dan tutup baik-baik. Anda boleh amalkan makan dengan ambil sesudu setiap hari. Kalau tak lalu sangat tekak tu, anda boleh la campurkan dengan teh. Ha sekarang kan dah jadi teh herba :) . Selain itu jintan hitam juga bagus untuk amalan makanan. Terbukti herba seperti halba atau jintan hitam itu sebenarnya akan mampu untuk tambah banyakkan susu badan anda.



7. Urut payudara

Ok rasanya yang ini semua ibu-ibu pasti ada lakukan. Dengan urutan lembut dan betul, peluang untuk penghasilan susu badan akan lebih baik. Paling seronok , susu badan anda akan lebih lancar. Sudah tentunya ia akan buatkan susu badan menjadi lebih banyak selepas bersalin.

8. Amalkan supplement penyusuan Shaklee

Ibu-ibu juga boleh mencuba untuk amalkan Alfalfa dan ESP. Alfalfa terkenal sebagai milkbooster kerana sifatnya yang galactagogues dan ESP merupakan sumber protein makanan asas bagi sel-sel dalam badan manusia. Bila sel-sel badan kita mendapat makanan yang mencukupi sudah pasti ia dapat bekerja dengan lebih efektif dan efisien.

Cara Banyakkan Susu Ibu


Diharap info ini dapat membantu ibu-ibu di luar sana untuk menjayakan misi penyusuan mereka. =D

Yang menulis,
Syaza Safar
SID 914185
sms/whatsap 017-3601713

1 comment:

Terima kasih daun keladi,
Kalau sudi singgahlah lagi.