Testimoni diri sendiri tentang set Shaklee. Fuh, semasa hamil dulu memang Syaza mengalami tekanan darah rendah (hipotensi) dan beberapa kali juga pitam secara tiba-tiba.
Sejak hamil anak pertama lagi syaza mengalami masalah tersebut namun keadaan masih boleh dikawal. namun sejak hamil anak kedua, keadaan semakin teruk (dengan menjaga anak lagi).
Ada sekali tu, masa mengandungkan anak kedua, dalam kereta dah nak sampai rumah pun tetiba plak bleh rasa nak pitam dalam kereta. Beberapa kali jugak buat ujian darah dsb untuk mencari punca sampai ada sekali tu kene buat ujian ECG @ Holter (kene pakai mesin 24jam).. huhu.. semuanya pengalaman yang tak boleh dilupakan.. beberapa kali jugaklah tetiba je pitam tak kira tengah berdiri ke, tengah duduk pun nak pitam jugak,.
Masa kene tahan dalam wad, dengan emosi yang tak tentu hala plus dengan boring dok je dalam wad, masa tu la gaduh dengan doktor sbb x bagi balik umah..
Alhamdulillah, syaza selamat melahirkan anak kedua dengan selamat.. Namun sewaktu berpantang, syaza mempunyai masalah untuk menyusukan anak (kurang susu).. Ada set-set yang berjenama lain, tetapi dengan harga yang agak mahal. Punya la cari sana-sini set berpantang yang semulajadi (tak mahu anak diberi dadah), jadi scroll2 jumpa la set berpantang shaklee ni.. Dengan harga yang mampu milik, semulajadi dan HALAL, syaza rasa ini yang terbaik shaza boleh beri kepada my baby..
Perghhh, memang terbukti set penyusuan ibu Shaklee ni terbukti.. Memang da boom la.. ini memang testimoni diri sendiri dan pengalaman pertama menggunakan Shaklee.
Dan sebab pengalaman pertama tu jugaklah sampai sekarang syaza menjadi SID (Shaklee Independent Distributor) dan masih mengamalkan vitamin2 shaklee. Yang penting, supplement shaklee hanyalah vitamin berasaskan semulajadi, bukan DADAH!!
Alhamdulillah, kak ipar dan adik2 saudara yang jugak pernah mengalami masalah penyusuan dah try produk shaklee ni dan memang hasilnya da boom..
Alhamdulillah, suami pun masih menggalakkan syaza untuk terus ambil supplement Shaklee sehingga sekarang.. Sekarang anak yang kedua sudah hampir 2 tahun menyusu badan..
Di sini, syaza nak kongsikan Set Shaklee semasa & selepas kelahiran bayi:
(SET IBU HAMIL)
1. ESP (Energizing Soy Protein)
- membekalkan tenaga
- menyuburkan kesihatan kulit / kuku & otot
- penting untuk kanak2 / ibu menyusukan anak & mereka yang sedang pulih dari sakit.
2. Vita C Plus:
3. Vita-Lea:
- Meningkatkan kecerdasan mental dan ketahanan dari jangkitan
- menolong fungsi normal penghadaman dan selera makan
- Penting untuk pertumbuhan sel dan pembiakan
4. B-Complex:
- Menggalakkan kesihatan jantung / metabolism tenaga dan replikasi DNA yang sihat
- menukarkan makanan menjadi tenaga
- mengurangkan simptom kemurungan dan tekanan
- meningkatkan fungsi otak
5. Ostematrix:
- mengekalkan tekanan darah normal
- menolong pengecutan oto dan saraf
- mengurangkan simptom kembung / kejang / bengkak air / baran dan kemurungan
Sewaktu berpantang pula, bolehlah ditambah lagi satu produk iaitu Alfafa Complex yang fungsinya untuk melegakan rasa kebas / sakit sendi / mengandungi enzim penting untuk penghadaman makanan dan yang penting sekali kaya dengan nutrisi.
Bagi ibu-ibu dan juga bakal ibu bolehlah try set yang syaza recommend kat atas tu.. yang penting, carilah supllement yang semulajadi dan jangan berikan anak anda bahan yang mengandungi dadah.
Selamat mencuba!!
Hubungi syaza untuk penerangan secara percuma tentang produk Shaklee yang pastinya dengan harga yang berpatutan, semulajadi dan HALAL..
Sesiapa yang pernah membeli produk Shaklee dari syaza, terima kasih banyak2..
Anda jugak bolah lihat produk Shaklee yang lain di https://www.facebook.com/SyazaHealthyBeauty
Syaza (017-3601713 / 012-2407987)
Penafian: Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsikan diblog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan disarankan mendapatkan nasihat daripada pakar kesihatan.


No comments:
Post a Comment
Terima kasih daun keladi,
Kalau sudi singgahlah lagi.