PROMO ESP - SEPTEMBER 2015

Assalamualaikum.. ;)

Hi ladies..bulan ni ada promo terbaik untuk we all elegant ladies tau. Shaklee dengan murah hatinya buat promotion Buy 7 at 6 Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee.




Jom tengok siapa yang perlukan ESP!



Ok guys..jom kita tengok video kelebihan kacang soya seperti yang dikatakan oleh Dr. Rozmey. ;)


Jom contact syaza untuk dapatkan HOT PRODUCT Shaklee ni dengan tips dan konsultasi yang memang da bomb! =D


Syaza Safar
SID 914185
sms/whatsap 017-3601713

Kelas Blog Asas #3 di Faizworld Training Centre, Bangi

Assalamualaikum.. ;)

Selamat pagi.. Pagi yang penuh aura harini. Sekarang syaza tengah gali ilmu baru di Faizworld Training Centre. Harini sekarang syaza belajar tentang buat blog plak. Ilmu direct dari otai-otai blogger Shaklee. Speaker utama kami harini Puan Mashitah Mamat. 

Kelas ini disertai oleh 30 orang peserta dan dipantau oleh  oleh PM Cery Mamafaiz & Fasilitator Puan Karina.

Nampak tak syaza kat mana? ;)

Dan yang paling best peserta yang join kelas kalini akan terus diserap masuk ke Kelab Blogger Jutawan. Terbaik you alls! 

CARA BANYAKKAN SUSU BADAN DENGAN CEPAT

Assalamualaikum.. =D

Lumrah bagi ibu menyusu, ada masa hasil perahan banyak dan ada masanya kurang. Tapi bila ia menganggu stok EBM buat si kecil ia pasti merungsingkan nurani ibu. Harini syaza nak share bagaimana cara untuk banyakkan susu ibu dengan selamat, berkesan dan semulajadi. Jom check it out.

Cara Banyakkan Susu Ibu



1.Kerap menyusu

Lagi kerap anda susukan bayi yang baru lahir, lagi banyak penghasilan susu badan akan dihasilkan. Yang ni anda kena ingat sebab ia faktor paling penting dalam dunia kalau nak banyakkan susu badan berterusan sampai anak tu dah besar. Jadi apa nak buat? Mudah saja, galakkan bayi anda menyusu kerap kalau boleh 10-12 kali sehari atau lebih pun tak apa dalam tempoh 24jam. Ini kerana ia mampu meransang hormon prolaktin yang berupaya hasilkan lebih banyak susu.



2. Posisi yang betul

Pastikan dulu anda berada dalam keadaan yang relax dan selesa dan tak terkalah dengan tekanan (stress) yang akan rosakkan mood anda seharian. Bila posisi dah betul untuk menyusukan bayi, anda harus pastikan bayi anda melekap pada anda dengan betul. Pastikan juga ruang antara hidung dan mulut bayi rapat dengan dada anda. Ini kerana bayi lebih mesra dan selesa dengan bau badan ibu mereka dan rasa lebih selamat.

Cara Banyakkan Susu Ibu




3. Minum air kosong banyak

Kena ingat,bila dah bersalin atau sedang berpantang tu, tinggalkan dulu air yang berkafein sebaliknya banyakkan minum air kosong saja. Kena amalkan dan anggap saja anda buat demi anak walaupun air berkefein tu dah 28 tahun sebati dengan anda. Untuk hasil yang optimum, anda perlu minum sekurang-kurangnya 2-3 liter air kosong sehari. Selain itu, anda juga dibolehkan untuk minum minuman seperti jus oren, susu kambing atau air soya. Air soya yang di proses dari kacang soya segar juga sebenarnya sangat berupaya untuk meningkatkan dan banyakkan susu badan kerana ia mengandungi protein untuk penghasilan yang berpanjangan.

Cara Banyakkan Susu Ibu



4. Sediakan jadual penyusuan

Pernah dengar kan disiplin asas kejayaan. Dalam apa-apa perkara yang kita lakukan jika kita disiplin In shaa Allah pasti matlamat kita tercapai. Untuk ibu-ibu dinasihatkan untuk sediakan jadual pengepaman dan pastikan jadual tersebut mampu diikuti secara disiplin oleh ibu.


Cara Banyakkan Susu Ibu

5. Pastikan Payudara anda kosong

Ada 2 cara iaitu dengan kerap susukan bayi anda atau tolong pam payudara agar kosong. Gunakan kedua-dua belah payudara untuk menyusukan bayi anda. Sebenarnya, apabila ia (payudara) sudah kosong, secara semula jadi ia akan proses untuk penghasilan susu badan yang baru dengan segera. Biasanya bayi akan agak letih ketika menghisap, jadi tukarkan kepada bahagian sebelah dan pastikan ianya kosong hingga bayi tak menyedut lagi.



6. Makan herba

Herba ni anda boleh dapat banyak dekat pasar masa beli barang dapur nak buat masak tu kan. Ada banyak. Tapi bukan semua! Yang cun dan terbaik saja contohnya seperti Halba. Halba ini satu herba yang banyak khasiat dan pemulihan yang ramai orang tak tahu. Halba yang dibeli tu kemudiannya, dicuci dan simpan dalam bekas yang bersih dan tutup baik-baik. Anda boleh amalkan makan dengan ambil sesudu setiap hari. Kalau tak lalu sangat tekak tu, anda boleh la campurkan dengan teh. Ha sekarang kan dah jadi teh herba :) . Selain itu jintan hitam juga bagus untuk amalan makanan. Terbukti herba seperti halba atau jintan hitam itu sebenarnya akan mampu untuk tambah banyakkan susu badan anda.



7. Urut payudara

Ok rasanya yang ini semua ibu-ibu pasti ada lakukan. Dengan urutan lembut dan betul, peluang untuk penghasilan susu badan akan lebih baik. Paling seronok , susu badan anda akan lebih lancar. Sudah tentunya ia akan buatkan susu badan menjadi lebih banyak selepas bersalin.

8. Amalkan supplement penyusuan Shaklee

Ibu-ibu juga boleh mencuba untuk amalkan Alfalfa dan ESP. Alfalfa terkenal sebagai milkbooster kerana sifatnya yang galactagogues dan ESP merupakan sumber protein makanan asas bagi sel-sel dalam badan manusia. Bila sel-sel badan kita mendapat makanan yang mencukupi sudah pasti ia dapat bekerja dengan lebih efektif dan efisien.

Cara Banyakkan Susu Ibu


Diharap info ini dapat membantu ibu-ibu di luar sana untuk menjayakan misi penyusuan mereka. =D

Yang menulis,
Syaza Safar
SID 914185
sms/whatsap 017-3601713

PENYAKIT TIROID DAN PENAWARNYA

Assalam...


Semalam ada customer tanya pasal penyakit tiroid.. Hmmm... bukan penyakit baru malah biasa kita dengar tentang penyakit tiroid, namun ada dalam kalangan kita yang tak mahu ambil tahu pun tentang penyakit ni sehingga ianya terjadi kepada ahli keluarga terdekat dgn kita.

So, dlm entry nih Syaza nak kongsikan tentang Tiroid untuk maklumat kita bersama...


Fungsi Kalenjar Tiroid:
- mengeluarkan hormon tiroid yg dikenali sbg tiroksin (T4) dan tri-iodothyronine  (T3) yang dihasilkan dpd komponen asid amino tirosin yang bergabung dgn iodin dlm sel folikel.


Jenis-Jenis Penyakit Tiroid:
  • Hipertiroidisme / Tirotoksikosis (hormon tiroid berlebihan)
          Tanda-tanda:
          - Kadar denyutan jantung laju dan sentiasa berdebar-debar.
          - Sukar bernafas
          - Sukar tidur
          - Tekanan darah naik
          - Kelemahan otot.

  • Hipotiroidisme (hormon tiroid rendah)
         Tanda-tanda:
         - Badan lemah dan kekurangan tenaga
         - Berat badan meningkat
         - Sembelit
         - Kurang tahan keadaan sejuk.
         - Pendarahan haid yang berlebihan.
         - Kekeringan kulit, rambut dan kuku


MENGUBATI TIROID DENGAN SHAKLEE:

1. Hipertiroidisme (Tak boleh ambil Vitalea)

    a) VIVIX







KHASIAT VIVIX:
  • Membantu mengelakkan kanser
  • Menyokong kesihatan jantung, otak, sistem imun dan sendi
  • Anti selular dan membaiki sel tubuh
  • Mengurangkan komplikasi kencing manis
  • Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi
  • Mengurangkan berat badan dan insiden bagi penyakit nyanyuk

    b) ESP

KHASIAT ESP:
  • Membekalkan tenaga
  • Menyuburkan kesihatan kulit, rambut, kuku dan otot
  • Penting untuk kanak-kanak, ibu menyusukan anak dan mereka yang sedang pulih dari sakit




2. Hipotiroidisme (Tak boleh ambil ESP)

    a) VITALEA

KHASIAT VITA-LEA
  • Meningkatkan kecerdasan mental dan ketahanan dari jangkitan
  • Menolong fungsi normal penghadaman dan selera makan
  • Penting untuk pertumbuhan sel dan pembiakan



        b) VITAMIN E COMPLEX

KHASIAT VIT E COMPLEX:
  • Mengurangkan risiko sakit jantung
  • Menolong melawan penuaan pra-matang pd kulit
  • Menyokong prestasi otot dan mempercepatkan pemulihan
  • Anti-oksidan (menghalang kerosakan sel oleh radikal bebas)



       c) OMEGA GUARD

KHASIAT OMEGA GUARD:
  • Menggalakkan pertumbuhan mental yang sihat
  • sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak
  • mengurangkan paras kolesterol dan tekanan darah
  • Mengurangkan risiko serangan jantung, gout, kanser payudara, astma, prostat, usus dan radang sendi
  • untuk ibu hamil penting untuk perkebangan otak dan mata bayi



        d) B Complex

KHASIAT B COMPLEX:
  • Menggalakkan kesihatan jantung, metabolisme tenaga dan replikasi DNA yang semulajadi
  • Menukarkan makanan menjadi tenaga
  • Mengurangkan simptom kemurungan dan tekanan
  • Meningkatkan fungsi otak
      e) OSTEMATRIX

KHASIAT OSTEMATRIX:
  • Mengekalkan tekanan darah normal
  • Membantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya dan mengurangkan risiko sakit belakang
  • Menolong pengecutan otot dan saraf
  • Mengurangkan simptom PMS seperti kembung, kejang, bengkak air, baran dan kemurungan

Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh lihat laman web seperti dibawah:



Sila call Syaza untuk sebarang maklumat lanjut mengenai produk-produk Shaklee atau SID (Shaklee independant distributor) yang sah dan berdaftar.

Anda jugak boleh lihat produk Shaklee yang lain di https://www.facebook.com/SyazaHealthyBeauty

SYAZA (017-3601713)

IZHAM (012-2407987)

Penafian: Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsikan diblog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan disarankan mendapatkan nasihat daripada pakar kesihatan. 














INGINKAN WAJAH BERSERI DENGAN KESIHATAN TERJAMIN???

KULIT WAJAH KUSAM DAN BERJERAWAT?????

ARRRRGGGGHHHH TIDAKKKKKK!!!






Org perempuan memang amat teliti kalau bab penjagaan wajah ni.. mmg tak syok kalau sijerawat tumbuh kat muka kan.. nak jumpa org pun terasa malu, apatah lagi kalau nak jumpa si buah hati..


FAKTA BUKAN AUTA...

Tahukah anda Vitamin C dan Vitamin E yang diambil setiap hari secara konsisten akan membantu mendapatkan kulit wajah yang menawan..    


Fungsi Vitamin E - membantu melambatkan proses penuaan

Fungsi Vitamin C - merangsang pengeluaran kalogen / mengurangkan garis2 halus


Ha... viramin C dan vitamin E ni bukan je untuk mencantikkan kulit wajah, tetapi mempunyai khasiat2 yang lain..


Meh kita berkongsi khasiat2 vitamin E dan vitamic C:


VITAMIN C:


  • membentuk kolagen
  • menyekat pembentukkan pigmen (garis halus)
  • mencantikkan kulit
  • meningkatkan sistem imun
  • memerangi kanser
  • mengurangkan kolesterol


Vitamin E:
  • melambatkan penuaan
  • mengurangkan parut
  • membantu mengurangkan arthiritis
  • membantu melindungi jantung
  • terkenal sebagai vitamin cinta (membantu meningkatkan bilangan sperma)

PRODUK SHAKLEE ADALAH HALAL DAN SEMULAJADI 












Call Syaza untuk keterangan lanjut atau Shaklee Distributor yang sah dan berdaftar.

Anda jugak boleh lihat produk Shaklee yang lain di https://www.facebook.com/SyazaHealthyBeauty

SYAZA: 017-3601713

IZHAM: 012-2407987



Penafian: Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsikan diblog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan disarankan mendapatkan nasihat daripada pakar kesihatan.